HAK STAF
- Staf berhak untuk mengambil cuti.
- Staf berhak untuk mendapat elaun setiap tahun untuk bayaran doktor klinik ketika sakit. Staf yang memohon perlu tunjukkan resit pembayaran klinik. Staff boleh gunakan kesemua elaun serentak atau dibahagi-bahagikan. Baki elaun yang tidak digunakan pada tahun tersebut tidak boleh digunakan untuk tahun berikutnya. Jumlah elaun adalah berikut:
- Staff sepenuh masa (full-time) : $100 / setahun
- Staff separa masa (partial full-time) : $50 / setahun
- Staf berhak untuk mendapat gaji tepat pada awal bulan kecuali jika ada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
- Staf berhak untuk mengikut mana-mana kelas dan kursus DH di luar waktu kerja dengan percuma.
- Staf dibenarkan untuk memegang kunci pintu hadapan dan pintu ofis DH tetapi tidak dibenarkan untuk memberi pinjam atau menyerahkannya kepada bukan staff.
- Staf dibenarkan memasuki premis DH diluar waktu kerja atas tujuan kerja dengan pemakluman Pengurus, tetapi tidak boleh membawa ahli keluarga yang tiada berkepentingan dengan DH untuk masuk premis DH.
- Staf berhak menggunakan fasiliti pantry DH dalam waktu kerja.
TANGGUNG-JAWAB STAF
- Staf bertanggung-jawab memastikan tugas-tugas dilaksanakan dengan sempurna.
- Staf bertanggung-jawab memastikan DH berjalan dengan lancar dan segala unsur-unsur yang mengganggu kelancaran DH dapat diatasi.
- Staf bertanggung-jawab memastikan pembersihan DH.
- Staf bertanggung-jawab memastikan tiada pembaziran elektrik dan air di DH.
- Staf yang terakhir meninggalkan premis DH bertanggung-jawab memastikan pintu ofis dan pintu utama DH telah dikunci. Dia juga perlu pastikan bahawa alat hawa dingin pejabat Sunny Island telah ditutup.
- Staf bertanggung-jawab memastikan orang yang tiada kepentingan urusan di DH tidak berada di kawasan premis DH.
- Staf wajib memastikan keselamatan premis DH.
- Staf wajib sentiasa menunjukkan akhlak yang baik dan menjaga nama baik Ahli Quran dan DH.
